- JBS Sarawak
- Hits: 104
PERHIMPUNAN BULANAN JBSN SARAWAK BIL 4/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 104
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 10 OKTOBER 2025 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia Negeri Sarawak Bilangan 4/2025 telah berlangsung secara bersemuka di peringkat Jabatan yang dihadiri ketua-ketua pejabat bahagian manakala di Bahagian pula menggunakan platform google meet yang telah diadakan pada pagi, selasa lepas.
Dalam perhimpunan tersebut, Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua kakitangan jabatan belia dan sukan negeri sarawak agar menerapkan nilai murni dan keharmonian dalam sebuah organisasi dalam mencapai objektif dan misi yang sama dan memajukan diri dan organisasi agar standing dengan jabatan mahupun organisasi hebat yang lain.
Pengisian perhimpunan tersebut telah menjadi tradisi bagi Majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan kepada kakitangan, pertukaran dan kenaikan pangkat serta sambutan hari kelahiran kakitangan pada bulan Julai, Ogos dan September tahun 2025.
0#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
