- JBS Sarawak
- Hits: 90
Rh Tan Ulu Sebungan, Sebauh Bintulu Menjadi Tuan Rumah Program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 90
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 10 OKTOBER 2025 – Majlis Perasmian bagi program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 telah disempurnakan Oleh Yang Berhormat Dato’ Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia Dan Sukan). Turut hadir dalam majlis tersebut, Yang Berusaha Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, serta dif-dif jemputan yang lain bertempat di Rumah Tan Ulu Sebungan, Sebauh pada sabtu lepas.
Antara sukan yang dipertandingkan ialah senamrobik, memanah, sepak takraw, dan sukan rakyat. Objektif program ini diadakan bagi meluaskan akses kemudahan sukan kepada rakyat di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan tumpuan, menyerlakan potensi belia luar bandar dalam kepimpinan dan bakat sukan serta menggalakkan amalan bersukan sekaligus meningkatkan kesihatan komuniti setempat.
Dalam ucapan majlis perasmian, Pengarah JBSN Sarawak turut mempromosikan inisiatif daripada KBS untuk disalurkan kepada kelab-kelab yang berdaftar dibawah KBS dalam penganjuran sukan secara percuma serta mengalu-alukan belia Ulu Sebungan untuk merebut peluang ini.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
