- JBS Sarawak
- Hits: 19
Skrin Besar Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia Menang Bergaya 3-0 ke atas Laos
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 14 Oktober 2025 – Sorakan gemuruh penonton bergema di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak apabila pasukan Harimau Malaya mencatat kemenangan bergaya 3-0 menentang Laos dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 malam ini.
Program tayangan skrin besar anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak itu berjaya menarik kehadiran pengunjung walaupun cuaca hujan.
Puan Fatimah Binti Abdul Rahman Penolong Pengarah (Sukan) JBSN Sarawak turut hadir memeriahkan program berkenaan. Selain tayangan utama, pelbagai aktiviti sampingan seperti Senamrobik, Pertandingan Bola Sepak Kertas, cabaran “Mari Mencuba”, kuiz Teka Gol, serta jualan food truck turut diadakan bagi memberi hiburan dan semangat kepada para penonton.
Program tayangan skrin besar ini juga berjaya mengeratkan hubungan komuniti setempat serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan belia dan masyarakat di Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#HSN2025