- JBS Sarawak
- Hits: 67
Program KLAS Mendaki Tembok Tiruan 2025 Tarik Penyertaan Pelbagai Lapisan Masyarakat
- JBS Sarawak
- Hits: 67
Disediakan oleh RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 5 Oktober 2025- Program Kelas Latihan Asas (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Negeri Sarawak 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 4 dan 5 Oktober 2025 bertempat di Klimb Zone, Kuching.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Siol Kandis ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan berjaya menarik penyertaan seramai 42 orang peserta dari pelbagai latar belakang.
Program ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada teknik dan aspek keselamatan dalam aktiviti mendaki tembok tiruan, di samping membina keyakinan diri, ketahanan mental dan fizikal peserta. Sepanjang dua hari penganjuran, para peserta dibimbing oleh jurulatih bertauliah melalui sesi teori dan praktikal mendaki.
Penganjuran KLAS ini juga merupakan salah satu usaha Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak untuk memperkenalkan sukan ekstrem secara selamat dan terarah, serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan rekreasi dan gaya hidup sihat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#HSN2025
