- JBS Sarawak
- Hits: 95
Pertandingan Catur Antara Acara Tumpuan Dalam Program 1000 Liga Bahagian Miri 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 95
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 8 OKTOBER 2025 – Pertandingan Catur bagi Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Miri 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 4 Oktober 2025 bertempat di Myy Mall, Miri.
Pertandingan ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang peserta dari sekitar Bahagian Miri dan telah dijalankan dengan kerjasama Persatuan Xiang Qi Bahagian Miri. Catur merupakan salah satu daripada lima acara sukan yang dipertandingkan di bawah program 1000 Liga Peringkat Bahagian Miri bagi tahun ini.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, sejurus selesai pertandingan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang atas penyertaan aktif mereka, serta penghargaan turut diberikan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan acara ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
