- JBS Sarawak
- Hits: 82
Pegawai Pembangunan Sukan JBS Sarawak turut hadir di Karnival Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 82
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Sebauh, 4 Oktober 2025-
Pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak iaitu Encik Dennis anak Dempi dan Encik Rawing anak Uking telah turut serta dalam Program Karnival Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Sebauh pada 4 Oktober 2025.
Penyertaan ini bertujuan menyokong pelaksanaan aktiviti sukan di peringkat akar umbi, khususnya di kawasan luar bandar, selaras dengan usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh penyertaan masyarakat terhadap gaya hidup sihat dan aktif. Karnival ini turut menjadi platform memperkenalkan pelbagai sukan rekreasi dan tradisional kepada komuniti setempat.
Kehadiran pegawai JBS Sarawak bukan sahaja memperlihatkan komitmen jabatan dalam memperluas pembangunan sukan di luar bandar, malah membantu memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat dalam memupuk semangat kesukanan dan perpaduan komuniti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#HSN2025
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
