- JBS Sarawak
- Hits: 72
Pegawai JBS Sarawak Sertai Jawatankuasa Sukarelawan dan Perhubungan Awam Borneo Games Kuching 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 72
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 6 Oktober 2025- Tiga pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak telah terlibat secara aktif dalam Jawatankuasa Sukarelawan dan Perhubungan Awam sempena Borneo Games Kuching 2025 yang berlangsung dari 22 hingga 29 September 2025.
Pegawai terlibat ialah Encik Mohd Nadzrul Idzlan, Encik Hazwan Salleh Baihaki, dan Encik Julian Chong.
Jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam menyelaras penglibatan sukarelawan, memastikan kelancaran komunikasi antara urusetia dan kontinjen, serta mengurus promosi dan hebahan acara kepada orang awam.
Penglibatan pegawai JBS Sarawak ini mencerminkan komitmen jabatan dalam menyokong penganjuran sukan berskala besar serta memperkukuh jaringan kerjasama serantau antara negeri-negeri Borneo dalam pembangunan sukan dan perpaduan belia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
