- JBS Sarawak
- Hits: 83
Mesyuarat Pengurusan Bil/4 2025 Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 83
Disediakan oleh : Everlyn Morgan , JBSN Sarawak
BINTULU, 06 OKTOBER 2025 - Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu telah mengadakan mesyuarat Pengurusan Bil.4 /2025 bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Bintulu pada 02 Oktober 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia Dan Sukan Encik Kigen Anak Satong dan dihadiri oleh semua staff.
Agenda utama mesyuarat ini dijalankan adalah untuk memantau semua program dan aktiviti yang melibatkan Cawangan Belia, Cawangan Sukan, Cawangan Rakan Muda serta membincangkan pentadbiran pejabat yang melibakan urusan kewangan, aset dan stor serta pentadbiran pejabat telah dijalankan sepanjang suku tahun ke tiga iaitu dari bulan Julai sehingga September 2025.
Selain itu, pengerusi juga berharap agar semua kakitangan pejabat sentiasa fokus kepada kerja serta memastikan program-program yang dijalankan mengikut tarikh dan ketetapan masa yang telah ditetapkan dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada agensi luar.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeampbsbBintulu
