- JBS Sarawak
- Hits: 74
INISIATIF PROJEK RIBEN BIRU, PBS BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 74
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
BINTANGOR, 5 Oktober 2025 : Bagi memberi pendidikan dan kesedaran berkenaan penyalahgunaan dadah, Pejabat Belia & Sukan Bahagian Sarikei ( PBSB Sarikei) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek Riben Biru semasa pelaksanaan Kem Pemantapan Jati Diri Belia Daerah Sarikei yang diadakan pada 3-5 Oktober 2025 bertempat di IPG Kampus Rajang, Bintangor anjuran Jawatankuasa Menangani Isu Dadah dan Substan Daerah Sarikei. Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia & Sukan Bahagian Sarikei telah diberi kepercayaan untuk menggubal modiul kem seterusnya bertindak sebagai Ketua Fasilitator kem ini. Seramai 40 orang peserta dari 21 buah kampung di bawah KMKK Melayu, Melanau Daerah Sarikei menyertai kem ini.
Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh YB Datuk Len Taliff Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap ADUN N.41 Kuala Rajang.
Semoga projek riben biru ini dapat memberi kesedaran berkenaan bahaya penyalahgunaan dadah khususnya kepada belia belia di kawasan pinggir dan luar bandar.
