- JBS Sarawak
- Hits: 111
PROGRAM RAKAN MAHIR : SKILLS FOR LIFE @ PARLIMEN P.209 JULAU TAHUN 2025 (DEMONSTRASI TANGO MODEN)
- JBS Sarawak
- Hits: 111
Disediakan oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Julau, 4 Oktober 2025 – Program Rakan Mahir : Skills for life @ Parlimen P.209 Julau Tahun 2025 (Demonstrasi Tango Moden) telah dilaksanakan pada 4 Oktober 2025 bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Pekan Julau yang melibatkan seramai 20 peserta. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Puan Evelyn Anak Menoa (Penyelia Kemahiran KEMAS JULAU). Turut hadir, Puan Jamaika binti Marciano dan Encik Zulfadhli bin Leonardo daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Puan Cecelia John daripada Pejabat KEMAS Daerah Julau. Program ini berlangsung selama sehari dengan pengisian program secara teori dan praktikal bagi meningkatkan kefahaman peserta.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia khususnya daerah Julau dalam bidang kraftangan dan dapat mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Ribuan ucapan terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#rakanmahir
#pbs6d
