
- JBS Sarawak
- Hits: 7
MESYUARAT PENGURUSAN BIL.4/2025, PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh : Jamaika Binti Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 2 Oktober 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil.4/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat SIC . Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.Brs Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan dihadiri oleh semua staf.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda termasuk aktiviti kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri dan NGO's. Mesyuarat turut membincangkan berkenaan tadbir urus kewangan, aset dan pentadbiran pejabat.
Pengerusi berharap agar staf fokus kepada kerja, pemantauan program sentiasa dilaksanakan, sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan program, menghasilkan inovasi dan kreativiti, penglibatan dengan agensi luar, mematuhi pelaksanaan tugas dan garis masa program.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d