
- JBS Sarawak
- Hits: 6
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) 2025 BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan Oleh : M. Johari, JBSNSarawak
SARIKEI, 1 Oktober 2025 : Bagi menyelaras semua perancangan sambutan HSN2025 peringkat Bahagian Sarikei, satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja HSN2025 Bahagian Sarikei yang telah diadakan pada hari ini, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Sarikei. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Badjuri bin Haji Bidin, Timbalan Residen Bahagian Sarikei.
Dalam mesyuarat ini, Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah memaklumkan bahawa sebanyak 8 program melibatkan 10 aktiviti akan diadakan termasuk program Ikonik, Mass Fit Aerobic dan program teras XCRiiM Run Sarikei. Seramai 30,000 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat akan terlibat pada sambutan kali ini. Ayuh warga Sarikei, kita kasih gegar HSN2025.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#pbs6d