
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Sarawak Anjur KLAS Cheerleading 2025 Himpun 68 Peserta Muda
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 27 September 2025 - Kemahiran Latihan Asas Sukan: Cheerleading 2025 (KLAS Cheerleading) Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung pada 27 September 2025 bertempat di Tang Soo Do Training Centre, Hui Sing Commercial Centre, Kuching. Program ini menghimpunkan seramai 68 peserta terdiri daripada 44 peserta Level 0 (7 hingga 12 tahun) dan 24 peserta Level 1 (13 hingga 18 tahun).
KLAS Cheerleading merupakan salah satu inisiatif pembangunan sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang memberi peluang kepada belia serta pelajar sekolah untuk mempelajari asas cheerleading secara sistematik. Penganjuran kali ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kemahiran teknikal peserta, malah menjadi platform pemilihan atlet untuk mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan.
Sepanjang program, peserta diberi pendedahan mengenai teknik asas, disiplin serta semangat berpasukan yang menjadi tunjang dalam sukan cheerleading. Diharapkan, usaha ini dapat melahirkan lebih ramai bakat baharu serta memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai antara negeri peneraju dalam pembangunan cheerleading di Malaysia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#HSN2025
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama