
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hari Sukan Negara Bahagian Miri 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 1 OKTOBER 2025 – Bagi memastikan perlaksanaan program HSN berjalan dengan lancar, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa teknikal HSN Bahagian Miri 2025 yang dipengerusikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan dihadiri oleh wakil Kelab Berbasikal Masterpiece selaku rakan strategik program, wakil agensi kerajaan dan NGO Sukan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri pada 18 September yang lalu.
Sesi bermula dengan taklimat program oleh Encik Roger Danny, Pegawai Pembangunan Sukan. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan pada 18 Oktober 2025 di perkarangan letak kereta Majlis Bandaraya Miri ialah Senamrobik Malaysia Aktif, Pertandingan Aerobicthon, Larian Ria Madani 4km, Berjalan Ria Madani 2.5 km, Kayuhan Ria Madani 6km, Futsal kategori terbuka dan bawah 16 tahun, pertandingan melastik, pameran Kesihatan, dan pameran NGO Sukan.
Setiap aktiviti yang dirangka adalah mengikut kesesuaian setiap lapisan umur dan masyarakat. Hebahan promosi program HSN Miri akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mendapat penyertaan orang ramai.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri