
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Komuniti Miri Amal Gaya Hidup Sihat Dan Cergas Menerusi Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 1 OKTOBER 2025 – Selaras dengan visi sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan pada tahun 2030 usaha gigih kementerian telah digarap dengan mengaktifkan komuniti pada seluruh peringkat lokaliti termasuk juga peringkat umur melalui program Malaysia Aktif @Komuniti sebanyak 12 siri telah bermula pada bulan September hingga Oktober 2025.
Beberapa siri telah dilaksanakan di Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Miri yang melibatkan golongan warga emas bersama keluarga dan komuniti setempat dan siri akan datang dilaksanakan di beberapa buah agensi kerajaan bersempena dengan Hari Sukan Negara. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri menyeru kepada warga Miri untuk turut serta dalam membudayakan gaya hidup sihat melalui program Malaysia Aktif @Komuniti Miri 2025.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri