
- JBS Sarawak
- Hits: 9
PEMATUHAN ARAHAN PENTADBIRAN KEWANGAN UNTUK MENINGKATKAN KAWALAN DALAMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 28 SEPTEMBER 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Bahagian Kewangan (BKew) telah mengadakan Kursus Arahan Pentadbiran Kewangan Training Of Trainers (APK TOT) pada 24 hingga 26 September 2025 bertempat di Acappella Suite Hotel, Shah Alam.
Kursus yang telah dianjurkan adalah untuk meningkatkan kefahaman pegawai tentang peraturan kewangan, menggalakkan perbelanjaan berhemat dan mempertingkatkan kecekapan kawalan dalaman. Arahan ini juga menumpukan kepada aspek seperti pematuhan kepada peraturan, pengurusan perbelanjaan dan keberkesanan proses kewangan.
Kehadiran kursus telah disertai oleh wakil PTJ daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN/ IKTBN). Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong turut hadir menjalani kursus tersebut.
Semoga dengan adanya kursus sebegini, ianya dapat membantu mencapai matlamat KBS untuk memastikan rekod kewangan adalah tepat serta operasinya dijalankan dengan teratur dan berkesan.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbbetong