
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan (LSK) 2025 Melabuhkan Tirai
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh RJH, JBSN Sarawak
Kajang, 26 September 2025-
Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025 telah melabuhkan tirai dengan penuh meriah di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Putrajaya, Kajang pada 25 hingga 28 September 2025. Kontinjen Sarawak diketuai oleh Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sarawak selaku Ketua Kontinjen, diiringi oleh Penolong Pengarah Bahagian Penbanguan Sukan, Puan Fatimah binti Abdul Rahman serta dua pegawai pengiring, Dennis anak Dempi dan Rawing anak Uking.
Pasukan Sarawak mempertaruhkan tiga cabang sukan utama iaitu ping pong, sepak takraw dan bola jaring. Sepanjang kejohanan, kontinjen Sarawak memperlihatkan semangat juang tinggi serta kerjasama berpasukan yang mantap, sekali gus mewarnai pertandingan dengan penuh semangat kesukanan.
Penganjuran LSK 2025 bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu, malah turut memperkukuh jaringan silaturahim antara negeri. Kontinjen Sarawak bertekad untuk terus meningkatkan pencapaian dalam edisi seterusnya dengan membawa pulang lebih banyak kejayaan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#HSN2025
#MalaysiaAktif
#MalaysiaMADANI