PROGRAM SUMMER CAMP RAKAN MUDA PERINGKAT ZON TENGAH TAHUN 2025

PROGRAM SUMMER CAMP RAKAN MUDA PERINGKAT ZON TENGAH TAHUN 2025

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 30 SEPTEMBER 2025 – Seramai lima puluh peserta belia dari kawasan Zon Tengah Sarawak iaitu bahagian Sarikei, Sibu dan Kapit telah menyertai Summer Camp Rakan Muda Peringkat Zon Tengah Sarawak 2025 selama tiga hari dua malam bermula pada 19 – 21 September 2025 di Kem Belia , Mukah. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Kelab Belia Progresif Pekan Balingian bertujuan memupuk nilai-nilai positif, semangat perpaduan, memberikan pendedahan kepada gaya hidup sihat dan nilai keberanian sesuai dengan tema "Belia Progresif, Negara Dinamik," 

Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuklah latihan kepimpinan, aktiviti lasak dan rekreasi,  ikhtiar hidup (Survival Skills) serta program CSR. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah  iaitu Encik Bonnie Manau Michael Amerikan dalam ucapannya berkata program seumpama ini bukan sahaja mengukuhkan jaringan persahabatan dalam kalangan belia tetapi juga memupuk nilai kepimpinan dan kerjasama berpasukan. “Rakan Muda adalah platform yang sentiasa mendukung belia untuk mengembangkan potensi diri, sekali gus menyumbang ke arah pembangunan komuniti dan negara,” tambah beliau.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Residen Bahagian Mukah,Tuan Shafrie Saili  dan beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta serta sijil penghargaan kepada pihak jurulatih, fasilitator dan urusetia yang terlibat. Program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai belia dari seluruh Sarawak.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search