TAI CHI MENJADI PILIHAN SIRI 2 SENAMAN WARGA EMAS AKTIF MUKAH

TAI CHI MENJADI PILIHAN SIRI 2 SENAMAN WARGA EMAS AKTIF MUKAH

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 30 SEPTEMBER 2025 – Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Mukah 2025 siri kedua telah dilaksanakan pada 30 September 2025 di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Mukah. Pelaksanaan siri kedua acara Tai Chi melibatkan 40 orang warga emas bagi mendedahkan mereka kepada aktiviti kecergasan. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Mukah ini bertujuan untuk menyediakan warga emas yang sihat dan aktif menjelang tahun 2023 (Negara Menua). 

 

Selain itu, program ini dilaksanakan untuk menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Mukah 2025 akan dijalankan sebanyak 10 siri iaitu masing-masing 5 siri bersama PAWE Dalat dan 5 siri lagi bersama PAWE Mukah. PAWE Mukah akan melaksanakan aktiviti Tai Chi, Senamrobik dan Chairobik bagi memenuhi 5 siri yang dirancang. Pejabat mengucapkan syabas dan tahniah atas sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search