KESEDARAN KOMUNITI DALAM MENGAMALKAN GAYA HIDUP AKTIF MENINGKAT

KESEDARAN KOMUNITI DALAM MENGAMALKAN GAYA HIDUP AKTIF MENINGKAT

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 30 SEPTEMBER 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Mukah 2025 menyaksikan peningkatan ketara daripada segi penyertaan komuniti dalam menyertai aktiviti cergas seperti senaman. Hal ini membuktikan bahawa tahap kesedaran tinggi dalam kalangan komuniti bagi mengaktifkan diri dalam aktiviti sihat dan cergas. Konsep pelaksanaan program hampir sama telah diterapkan bermula tahun 2022 menjadi titik mula kepada meningkatnya kesedaran komuniti dalam aktviti sihat.

Selaras dengan visi sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan pada tahun 2030 usaha gigih kementerian telah digarap dengan mengaktifkan komuniti pada seluruh peringkat lokaliti termasuk juga peringkat umur. Program Malaysia Aktif @Komuniti Mukah semala 12 siri yang telah ditetapkan di Dataran Pehin Setia Raja Mukah menjadi simbolik kepada keaktifan komuniti Mukah dalam mengoptimumkan penggunaan kemudahan sedia ada yang telah disediakan oleh kerajaan.  

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search