
- JBS Sarawak
- Hits: 3
DEKATKAN WARGA EMAS DENGAN AKTIVITI KECERGASAN
- JBS Sarawak
- Hits: 3
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 30 SEPTEMBER 2025 – Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Mukah 2025 yang telah bermula pada 26 September 2025 dengan siri pertamanya di Waterfront Dalat. Pelaksanaan siri pertama bermula dengan acara Tai Chi yang menghimpunkan 40 orang warga emas bagi mendedahkan mereka kepada aktiviti kecergasan. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Dalat ini bertujuan untuk menyediakan warga emas yang sihat dan aktif menjelang tahun 2023 (Negara Menua).
Selain itu, program ini dilaksanakan untuk menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Mukah 2025 akan dijalankan sebanyak 10 siri iaitu masing-masing 5 siri bersama PAWE Dalat dan 5 siri lagi bersama PAWE Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah mengharapkan program seperti ini mendapat manfaat kepada golongan warga emas serta komuniti setempat yang terlibat seterusnya dapat mempromosikan aktiviti senaman dan kecergasan dalam kalangan warga emas bagi mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.