
- JBS Sarawak
- Hits: 3
66 ORANG SERTAI PROGRAM 1000 LIGA CATUR BAHAGIAN MUKAH 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 3
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 30 SEPTEMBER 2025 – Program 1000 Liga Catur telah dilaksanakan pada 13 September 2025 di Politeknik Mukah. Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Mukah telah menjadi pengelola kepada program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat ke semua peringkat akar umbi. Selain itu, program ini sebagai tanda sokongan pihak pejabat kepada Politeknik Mukah dalam pengisian Karnival Sukan Politeknik Mukah di samping untuk mengeratkan hubungan baik pada masa akan datang.
Program telah disertai pelajar Politeknik Mukah, pelajar sekolah di Mukah, Oya, Igan dan Dalat serta beberapa sekolah dan agensi luar yang lain. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Sopian bin Sout, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Mukah. Turut hadir Puan Noorfaziela binti Abdul Hashim Pegawai Belia dan Sukan di Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Mukah. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Mukah atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program tersebut.