
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Golongan Warga Emas Miri Kekal Cergas Menerusi Program Senaman Warga Emas Aktif
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 30 SEPTEMBER 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Kelab Taiji Qigong Taman Bulatan telah melaksanakan beberapa siri senaman untuk golongan warga emas bermula pada 15 September 2025 di Taman Bulatan, Miri. Program ini merupakan platform bagi golongan warga emas melibatkan diri dalam aktiviti senaman untuk semua di samping menggalakkan masyarakat untuk turut bersukan bersama warga emas secara inklusif.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri menyeru kepada warga emas di sekitar Miri untuk turut serta dalam membudayakan gaya hidup sihat. Siri seterusnya akan dilaksanakan pada 6 hingga 10 Oktober 2025 di Taman Bulatan, bermula jam 6.30 pagi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri