PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SIBU MERIAH DENGAN PENYERTAAN MASYARAKAT SETEMPAT

PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SIBU MERIAH DENGAN PENYERTAAN MASYARAKAT SETEMPAT


Disediakan oleh: Afif, JBSN Sarawak

SIBU, 20 SEPTEMBER 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Sibu yang berlangsung di Taman Tasik Permai, Sibu telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat dan berjaya mewujudkan suasana penuh kemeriahan.Acara yang menampilkan aktiviti senamrobik bersama MEFA Women Fit Sibu itu menghimpunkan lebih 80 peserta pelbagai peringkat umur, sekali gus menyemarakkan semangat kecergasan dan kebersamaan dalam kalangan komuniti.

Program ini merupakan inisiatif diilhamkan oleh YB Menteri Belia dan Sukan bagi memperkukuh amalan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan komuniti melalui penglibatan aktif dalam aktiviti riadah. Kehadiran peserta yang terdiri daripada golongan belia, wanita dan warga emas jelas menunjukkan sokongan padu masyarakat terhadap usaha membudayakan hidup aktif.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya para peserta yang hadir dan memberi komitmen. Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform berterusan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan komuniti.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
 
 
 
 
 
 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search