PROGRAM SUMMER CAMP RAKAN MUDA

PROGRAM SUMMER CAMP RAKAN MUDA


Disediakan Oleh: MCG, JBSN Srawak

MUKAH, 21 September 2025 – Program Rakan Muda Summer Camp Zon Tengah 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 19 hingga 21 September bertempat di Kem Belia Mukah dengan penglibatan belia dari pelbagai bahagian, termasuk Sibu, Sarikei dan Mukah. Program anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Mukah ini bertujuan memperkasa golongan belia melalui aktiviti berkonsepkan pembangunan diri, kepimpinan, semangat berpasukan dan rekreasi luar. Sepanjang tiga hari pelaksanaan, peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul yang menekankan aspek sahsiah, kemahiran insaniah serta nilai kesukarelawan. Menariknya, seramai 4 orang pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Sibu turut mewakili Bahagian Sibu dalam program ini. Kehadiran mereka bukan sahaja memperlihatkan komitmen belia dalam bidang kesihatan, malah menyumbang kepada perkongsian pengalaman serta keterlibatan aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan. Program ini diharap dapat menjadi platform untuk membentuk belia yang lebih berdaya tahan, berdisiplin serta mampu menjadi agen perubahan positif dalam komuniti setempat.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search