MESYUARAT PELAKSANAAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

MESYUARAT PELAKSANAAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SIBU


Disediakan oleh: Afif, JBSN Sarawak

SIBU, 22 September 2025 – Mesyuarat Pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 peringkat Bahagian Sibu telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Residen Bahagian Sibu dengan melibatkan penyertaan pelbagai jabatan kerajaan, agensi, pihak berkuasa tempatan serta badan bukan kerajaan (NGO). Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Tuan Hj. Abang Mohamad Porkan bin Abang Budiman, Residen Bahagian Sibu, bagi memastikan kelancaran penganjuran Hari Sukan Negara di peringkat bahagian dengan penyelarasan yang rapi melibatkan semua pihak berkepentingan.

Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, turut hadir dalam mesyuarat tersebut sebagai penyelaras utama program. Pelaksanaan Hari Sukan Negara peringkat Bahagian Sibu dijadualkan berlangsung pada 18 Oktober 2025 bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, dan majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.

Pelbagai aktiviti sukan dan riadah bakal dianjurkan sempena program ini termasuk Fun Ride 15KM, Fun Run 5KM, Family Walk 2KM, senamrobik, zumba, pertandingan street soccer, 3x3 basketball, badminton, memanah tradisional serta moden, petanque, tarik tali, aerobithon, serta sukaneka perpaduan madani. Sukaneka ini turut memberi peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan komuniti perpaduan untuk turut serta. Selain itu, acara sukan rakyat seperti mencuba menyumpit juga akan diperkenalkan sebagai daya tarikan khas.

HSN 2025 peringkat Bahagian Sibu diunjurkan menarik penyertaan ribuan peserta melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk persatuan, kelab rekreasi, badan belia dan institusi tempatan. Antara yang terlibat sebagai penggerak utama ialah Swan Cycling Club, Swan Dynamic Aerobic Club, Brotherhood Basketball Community, Kelab Memanah Teku & Falcon Archery Club, Kelab Petanque Rejang, Maeltree Badminton Club, serta agensi kerajaan seperti JPNIN, JKN, dan KEMAS.Penganjuran HSN ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk menyertai aktiviti riadah secara sihat, malah menjadi medium memperkukuh semangat perpaduan, kerjasama komuniti serta sokongan terhadap gaya hidup aktif. Ia juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan sukan sebagai budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia.
#PBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search