
- JBS Sarawak
- Hits: 3
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA ILKKM SIBU DI PROGRAM MOBILISASI SATRIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 3
Disediakan oleh: Nfk, JBSN Sarawak
10 Sept 2025, Sibu – Satu sesi penyerahan surat dan sijil penghargaan oleh Encik Melvin Chambai Anak Gurang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu kepada wakil ILKKM sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pihak Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Sibu atas kerjasama dan penglibatan dalam menjayakan Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Satria Peringkat Bahagian Sibu 2025 yang telah diadakan pada 23 Ogos 2025 yang lalu di Rumah Seri Kenangan Sibu. Program anjuran di bawah unit Rakan Muda ini telah disertai oleh seramai 48 orang pelatih dan 5 orang pegawai institut bersama-sama wakil kelab-kelab belia dalam melaksanakan kerja-kerja membersihkan kawasan dan menggantung bendera bersempena Sambutan Hari Kebangsaan yang lepas.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#rakanmuda