PENTAULIAHAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) TAHAP 3 PELAKSANAAN PEKERJA BELIA

PENTAULIAHAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) TAHAP 3 PELAKSANAAN PEKERJA BELIA

Disediakan oleh: Nfk, JBSN Sarawak

4 Sept 2025, Sibu – Seramai 43 orang pegawai dan kakitangan warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang terdiri daripada Pejabat-pejabat Belia dan Sukan Bahagian telah menghadiri Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio SKM-PPT Negeri Sarawak Siri 6 Tahun 2025 anjuran APBM Port Dickson. Bengkel yang telah diadakan di Hotel Paramount Sibu selama 3 hari 2 malam bermula 2 September 2025 yang lalu turut melibatkan seramai 6 orang fasilitator bagi memberi bimbingan kepada semua peserta bengkel dalam menyediakan portfolio sebagai persiapan peserta untuk penilaian kelak. Tujuan program ini adalah untuk membolehkan pekerja belia untuk memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 sebagai pengiktirafan kepada mereka dan seterusnya melatih pekerja belia untuk memahami Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi bidang Profesionalisme Kerja Belia. Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu turut menyertai bengkel ini. Turut hadir bagi merasmikan penutupan bengkel ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Lamat Anak Nyalau.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search