- JBS Sarawak
- Hits: 3
PENYERAHAN SURAT TAWARAN PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI PERTANDINGAN DOODLE ART
- JBS Sarawak
- Hits: 3
Disediakan oleh : HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 SEPTEMBER 2025 – “berjuang sehingga titisan darah yang terakhir” Itulah slogan dan kata kata semangat seorang anak Anggota PGA iaitu Avnie Vesabell Staniskalaus setelah diberitahu beliau ditawarkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi Pertandingan Doodle Art Peringkat Kebangsaan sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan yang akan dijalankan pada bulak Oktober ini di Kuala Lumpur.. Beliau menzahirkan rasa syukur sejurus Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda PBSB Limbang, Puan Aimy Alisha Charlie menyerahkan tawaran kepadanya.
Beliau telah menjuarai pertandingan Doodle art Peringkat Negeri Sarawak dan kini beliau akan mewakili Sarawak untuk bertanding di peringkat kebangsaan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pencalonan bagi tahun ini dan diharapkan pencalonan ini juga mampu menaikkan semangat para belia yang lain di Bahagian Limbang untuk terus bergiat aktif.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang