- JBS Sarawak
- Hits: 3
MALAYSIA AKTIF PERINGKAT NEGERI SARAWAK MENYEMARAKKAN LAGI PERPADUAN KAUM MELALUI AKTIVITI SUKAN
- JBS Sarawak
- Hits: 3
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak.
LIMBANG, 30 SEPTEMBER 2025 – “Perpaduan ummah tunjang silaturahim” menjadi satu ideologi menarik dalam memberi wadah persahabatan kukuh di antara kaum yang terdapat di Bahagian Limbang. Pada 20 September 2025 telah berlangsung satu Program yang dinamakan Program Malaysia Aktif Peringkat Negeri Sarawak yang bertempat di Dewan Suarah, Limbang. Program Ini dirasmikan Oleh Tuan Haji Unus Bin Tambi, Residen Bahagian Limbang serta disaksikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tuan Lamat Anak Nyalau.
Antara sukan yang dijalankan sempena Malaysia Aktif ini iaitu Fun run, Fun Walk , Spartan Challenge, Pickle ball, Aerobik, Hiking dan pameran Jabatan merancakkan lagi Malaysia Aktif pada edisi kali ini. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang