- JBS Sarawak
- Hits: 4
CHAIRAEROBIK WARGA EMAS PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG 2025 MERIAH DAN MENGASYIKKAN.
- JBS Sarawak
- Hits: 4
Disediakan oleh: Hwh, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 SEPTEMBER 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah mengadakan satu program warga emas yang diberi nama ChairAerobik sempena Malaysia Katif Peringkat Negeri Sarawak yang dikelolakan oleh Kelab Aerobik Padang. Untuk makluman semua, senaman ini diadakan di Dewan Bunga Raya, Limbang dan disaksikan sendiri oleh Yb Dato Haji Hasbi Bin Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen 221 Limbang.
Beliau berkata program seperti ini haruslah diteruskan selaras dengan objektif untuk meningkatkan budaya sihat cergas dan bertenaga supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang