
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Siri Keempat Program Senaman Warga Emas Aktif 2025 Peringkat Bahagian Betong
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 29 September 2025- Program Senaman Warga Emas Aktif 2025 Peringkat Bahagian Betong Siri 4 telah berlangsung pada 26 September 2025 bertempat di Laman Akal Homestay, Kampung Dato Godam, Pusa. Program dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Pusa melibatkan penyertaan warga emas dari sekitar kawasan tersebut.
Program ini bertujuan untuk melatih warga emas untuk kekal aktif,sihat dan menjadiakan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup dan juga membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama serta perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan.
Turut hadir Cik Jojo Tehan dan Puan Noratihah binti Moh daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Siri kelima program ini dijadualkan akan berlangsung pada 1 Oktober 2025 di Astaka Padang Bola Sepak Riveria, Debak dan para warga emas dari sekitar kawasan tersebut dijemput hadir bagi menyertai program ini.