
- JBS Sarawak
- Hits: 14
KURSUS ARAHAN PENTADBIRAN KEWANGAN (APK TOT) KBS TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: NL (JBSN Sarawak)
SAMARAHAN, 26 September 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Kursus Arahan Pentadbiran Kewangan – Training of Trainer (APK TOT) pada 24 hingga 26 September 2025 bertempat di Acappella Suite Hotel, Shah Alam.
Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman pegawai-pegawai KBS mengenai pengurusan kewangan yang efisien dan mematuhi peraturan semasa, selain melahirkan jurulatih dalaman yang berkemahiran.
Antara peserta yang hadir ialah Encik Abu Zaid bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan dari Bahagian Samarahan.
Program melibatkan sesi ceramah, bengkel dan latihan amali berkaitan tatacara pengurusan kewangan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI