
- JBS Sarawak
- Hits: 6
LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan oleh : ML, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 11 SEPTEMBER 2025 – Satu lawatan tapak telah diadakan di SMK Sadong Jaya bagi meninjau dan mengenal pasti lokasi penganjuran Program Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Samarahan yang dijadualkan berlangsung pada 18 Oktober 2025 ini.
Lawatan ini melibatkan Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan, Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pengetua SMK Sadong Jaya, Puan Hajijah Binti Mohtar turut serta Encik Raymong Asing Anak Melaka dan kakitangan daripada Pejabat belia dan Sukan Bahagian Samarahan
Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian dalam usaha memupuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat tanpa mengira usia, latar belakang dan tahap kecergasan. Penganjuran peringkat Bahagian ini dilihat sebagai platform terbaik untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk semangat perpaduan melalui penglibatan dalam aktiviti riadah secara bersama.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI