
- JBS Sarawak
- Hits: 7
MESYUARAT PENYELARASAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN BIL.1/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 10 SEPTEMBER 2025 – Mesyuarat Penyelarasan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bahagian Samarahan telah diadakan di bilik Mesyuarat Batang Sadong, Pejabat Residen pada 10 September 2025 jam 9:00 pagi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Rais Bin Ahmat, Timbalan Residen Bahagian Samarahan serta dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan, NGO’S dan kelab Sukan.
Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam usaha memupuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat tanpa mengira usia, latar belakang dan tahap kecergasan. Penganjuran peringkat Bahagian ini dilihat sebagai platform terbaik untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk semangat perpaduan melalui penglibatan dalam aktiviti riadah secara bersama.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perincian aktiviti sempena Hari Sukan Negara 2025 peringkat bahagian Samarahan yang akan diadakan pada 18 Oktober 2025 bertempat di SMK Sadong Jaya Kota Samarahan. Antara aktviti yang akan dilaksanakan adalah seperti Berjalan Madani, Larian Ria Madani, Kayuhan Madani Hari Sukan Negara 2025, Pertandingan Aerobathon, Mewarna Warga Emas, Pertandingan Gusti Lengan, Sepak Takraw, Futsal, Dam Aji, Menyumpit Tradisional, Pickleball Dan Jualan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI