
- JBS Sarawak
- Hits: 7
SUKANEKA TADIKA HIKMAH MERIAH, ERATKAN JALINAN KOMUNITI DAN AGENSI KERAJAAN
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh: NL (JBSN Sarawak)
SAMARAHAN, 11 September 2025 – Hari Sukaneka Tadika HIKMAH Kampung Tanjung Bundong Fasa 2 berlangsung meriah dengan penglibatan aktif kanak-kanak dan ibu bapa. Program ini turut diserikan dengan sesi senamrobik yang dikendalikan oleh Pn. Norliati Binti Li, wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan ahli Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan.
Turut hadir, Guru Besar Tadika HIKMAH, Pn. Dayang Norliza binti Abg Bujang yang merakamkan penghargaan atas sokongan semua pihak. Acara ini menjadi platform memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan dalam menyemai semangat kesukanan serta gaya hidup sihat dalam komuniti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI