- JBS Sarawak
- Hits: 5
Penyerahan Sijil Perakuan Pendaftaran Kelab Rakan Muda Bandaraya Miri (Baharu)
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 29 September 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan daripada Kelab Rakan Muda Bandaraya Miri (Baharu). Tujuan kunjungan ini ialah untuk menerima sijil perakuan pendaftaran Kelab Rakan Muda Bandaraya Miri (Baharu) yang telah diluluskan permohonan pendaftaran di bawah subseksyen 9(1) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) pada 31 Julai 2025.
Sebelum penyerahan sijil, sedikit penerangan dari Puan Magdline anak Eddie Saga, Unit Pembangunan Belia mengenai Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan Pelaporan Tahunan untuk perhatian Kelab. Penyerahan sijil telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, kepada Mohd Izwan bin Azela, Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandaraya Miri (Baharu).
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan tahniah atas penubuhan kelab tersebut serta berharap ia menjadi platform belia Miri untuk terus aktif dan menyumbang kepada pembangunan setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri