- JBS Sarawak
- Hits: 2
Lebih 700 Peserta Menyertai Program Sarawak AeroBig Day
- JBS Sarawak
- Hits: 2
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 29 September 2025 – Lebih 700 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan suasana Miri City Hall sempena Program Sarawak AeroBig Day yang berlangsung pada 28 September 2025. Kehadiran ramai peserta ini membuktikan sambutan masyarakat terhadap gaya hidup sihat semakin meningkat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, yang turut menyatakan sokongan penuh terhadap usaha memperkasakan aktiviti kecergasan dan kesejahteraan rakyat melalui penganjuran program seumpama ini.
Program ini dianjurkan oleh BANTU Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) selaku penganjur bersama. Kehadiran Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, turut menyerikan majlis sebagai wakil rasmi JBSN.
Kerjasama erat antara penganjur utama, BANTU Sarawak, bersama JBSN serta sokongan masyarakat setempat telah menjadikan Sarawak AeroBig Day 2025 satu kejayaan yang bukan sahaja menceriakan warga Miri, malah memperkukuh semangat kebersamaan melalui aktiviti riadah beramai-ramai.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri