- JBS Sarawak
- Hits: 4
SATRIA Antara Tunjang Belakang Program Sarawak AeroBig Day 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 4
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 29 September 2025 – Program Sarawak AeroBig Day 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 28 September 2025 bertempat di Miri City Hall. Program ini merupakan anjuran BANTU Sarawak dengan penyertaan masyarakat setempat yang amat menggalakkan.
Turut menjadi tunjang belakang kejayaan program ini ialah kehadiran sukarelawan SATRIA yang turun padang membantu sejak awal penganjuran. Bermula dengan sesi taklimat tugas, sukarelawan Satria memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran persiapan tempat serta perjalanan keseluruhan acara.
Kerjasama erat antara pihak penganjur dan barisan sukarelawan telah menjadikan program ini bukan sahaja berjalan lancar, malah mencapai objektif utama iaitu menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan beramai-ramai.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri