
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Program Summer Camp Peringkat Zon Utara Tahun 2025 Berjaya Membina Jati Diri Dan Semangat Kerjasama Di Antara Para Peserta
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU 29 SEPTEMBER 2025 – Program Summer Camp Peringkat Zon Utara Tahun 2025 telah berlangsung pada 19-21 September 2025 bertempat di Kem Lupuk Anchestors, bekenu Miri dan disertai seramai 50 orang peserta daripada pelbagai Institusi. Bahagian Bintulu telah menghantar seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia Sarawak dan Kolej Vokasional Bintulu serta 2 orang pegawai pengiring iaitu Encik Kigen Anak Satong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dan Encik Lister Bulin Anak July Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.
Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan belia yang berdaya tahan dan memiliki kemahiran kepimpinan serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi, kerjasama, dan pengurusan diri. Program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada gaya hidup sihat dan nilai keberanian di samping memupuk kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar dan tanggungjawab sosial.
Pelbagai aktiviti pengisian program telah diadakan antaranya, bengkel kepimpinan dan latihan komunikasi yang membantu para peserta untuk membina keyakinan diri, kemahiran membuat keputusan dan juga pengurusan masa serta meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal bekerja dalam satu pasukan. Selain itu, para peserta juga mengadakan aktiviti lasak seperti jungle trekking, flying fox dan juga survival skills. Di samping itu, para peserta juga telah melaksanakan aktiviti kesedaran sosial iaitu membersihkan surau di kampung Lupok.
Diharapkan agar program seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang bagi melahirkan para belia yang berdaya tahan dan memiliki kepimpinan yang tinggi.