
- JBS Sarawak
- Hits: 18
PROGRAM ANJAKAN PARADIGMA PEMIMPIN MUDA DAN KEUSAHAWANAN BELIA DAERAH PAKAN
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan Oleh : M Johari, JBSNSarawak
PAKAN, SARIKEI, 25 September 2025 : Kelab Belia Pekan Pakan (KBPP) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kem Anjakan Paradigma Pemimpin Muda dan Keusahawanan Belia Daerah Pakan dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Bahagian Sarikei (PBSB Sarikei) dan RISDA bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Pakan. Seramai 40 orang belia lepasan sekolah berumur 18-30 tahun menyertai program ini.
Dalam program ini En. Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah hadir sebagai penceramah bagi Modul : Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Belia.
PBSB Sarikei mengucapkan tahniah kepada KBPP di bawah kepimpinan Sdr. Kevin Jampang dan Team kerana telah berjaya menganjurkan program yang amat bermakna khususnya kepada belia-belia di Daerah Pakan.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d