- JBS Sarawak
- Hits: 24
Perbincangan Rakan Strategik Mantapkan Persediaan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bahagian Kapit
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 25 September 2025 — Perbincangan bersama rakan strategik bagi Program Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Bahagian Kapit telah diadakan pada 11 September lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Kapit. Perbincangan tersebut diketuai oleh Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
Sesi perbincangan ini bertujuan menetapkan perancangan dan penyelarasan aktiviti yang akan dilaksanakan semasa program HSN 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober 2025 di SMK Kapit No. 2 dan beberapa lokasi lain sekitar Kapit.
Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan termasuk Fun Run, Family Walk, Senamrobik, Pertandingan Aerobic-Thon, Penalty Kick Challenge, Basketball Shooting Challenge, Pertandingan Dart, Himpunan Waja Diri (Silat, Kuntau, Muay Thai), Memanah, Ping Pong dan pelbagai lagi aktiviti sukan serta rekreasi yang terbuka kepada penyertaan masyarakat setempat.
Penganjur yakin dengan kerjasama pelbagai pihak, penganjuran HSN 2025 akan menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan semangat kesukanan, memupuk perpaduan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti Kapit.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit