- JBS Sarawak
- Hits: 22
Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri Ke-8 Terus Semarakkan Gaya Hidup Sihat di Kapit
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 25 September 2025 — Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri Ke-8 Peringkat Bahagian Kapit telah diadakan dengan jayanya di Dewan Suarah Kapit pada 3 September lalu. Program ini berjaya menarik penyertaan lebih 90 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur yang hadir bagi memeriahkan sesi senamrobik yang dianjurkan.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit dengan kerjasama strategik Panda Athletic Club ini bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti fizikal yang mudah disertai oleh semua lapisan masyarakat.
Program ini akan diteruskan sehingga penghujung Oktober dengan baki empat siri lagi untuk melengkapkan keseluruhan 12 siri yang dirancang bagi tahun ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit