- JBS Sarawak
- Hits: 25
Program Senamrobik dan Larian 2.5KM Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 7 Semarakkan Sambutan STU 60th Anniversary Neo Run
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 25 September 2025 — Aktiviti senamrobik dan larian sepanjang 2.5 km Program Malaysia Aktif @ Komuniti untuk Siri ke-7 telah berlangsung meriah sempena STU 60th Anniversary Neo Run yang diadakan pada 1 September lalu di SMK Kapit.
Program ini dianjurkan oleh STU Kapit Division dengan kerjasama Panda Athletic Club dan berjaya menarik penyertaan warga sekolah serta masyarakat setempat untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Penganjuran program ini bukan sahaja memeriahkan acara larian, malah memberi peluang kepada peserta untuk melakukan aktiviti kecergasan beramai-ramai, sejajar dengan matlamat Malaysia Aktif dalam membudayakan senaman sebagai rutin harian masyarakat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit