
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Siri Ketiga Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Betong Berlangsung Di Debak
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh : JT, JBSN Sarawak
BETONG, 24 September 2025- Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 3 telah berlangsung pada 23 September 2025 di Padang Bola Sepak Riveria Debak dengan penyertaan warga emas dari sekitar kawasan tersebut.
Program ini bertujuan untuk melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadiakan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup dan juga membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama serta perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan.
Turut hadir ialah Cik Azira bt. A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Siri keempat program ini dijadualkan akan berlangsung pada 26 September 2025 di Dewan Teratak Akal, Kampung Dato Godam Pusa dan para warga emas sekitar kawasan tersebut dijemput hadir bagi menyertai program ini.