
- JBS Sarawak
- Hits: 26
The Siblings Ungguli Clash Of Buskers Bahagian Betong
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh : JT, JBSN Sarawak
BETONG, 24 September 2025 – Persembahan bertenaga dan penuh harmoni mengangkat kumpulan The Siblings daripada daerah Pusa memenangi Pertandingan Clash Of Buskers Bahagian Betong yang telah dilaksanakan pada 21 September 2025 bertempat di Kompleks Sukan Betong. Naib Johan dimenangi oleh kumpulan Last Minute (LM) Band dan Mixs Band di tempat Ketiga.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Kelab Belia Kampung Pusa serta rakan strategik Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Bahagian Betong, Kolej Komuniti Betong, dan Politeknik METrO Betong.
Objektif program ini adalah untuk mengetengahkan bakat muzik yang ada di kalangan anak muda serta menyediakan platform penyerlahan bakat kepada yang meminati bidang muzik jalanan (busking).
Cik Nurulzamzam bt. Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sijil penghargaan juri pertandingan. Turut hadir Encik Mohd Hussin Misri, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Betong serta Puan Dayang Amynarima binti Abang Mua’an daripada pejabat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Bahagian Betong.