
- JBS Sarawak
- Hits: 17
JCI Malaysia 50 Golden Run Kumpul Dana Untuk Badan Kebajikan
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 23 SEPTEMBER 2025 – Bersempena dengan Hari Malaysia dan sambutan ulangtahun ke-50, JCI Malaysia 50 Golden Run anjuran Junior Chamber International (JCI) Miri telah diadakan pada 16 September 2025 di Jalan Marina, Miri. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri turut hadir sebagai tanda sokongan kepada pihak JCI dalam membudayakan gaya hidup sihat.
Larian amal ini dilaksanakan secara serentak di Bahagian Miri, Bintulu, Sibu, Sarikei dan Kuching. Di Bahagian Miri, dianggarkan seramai 300 orang menyertai larian amal tersebut. Selain mengumpul masyarakat untuk turun bersukan, pihak JCI juga menyerahkan sebanyak 70 peratus dana sumbangan kepada badan kebajikan iaitu Wishesland Miri dan Pusat Penjagaan Paliatif Kanser. Tahniah, JCI Miri!
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri