- JBS Sarawak
- Hits: 23
Baik, Sangat Baik, Amat Baik, Yakin Boleh ! Laungan Peserta Summer Camp Zon Utara 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 23 September 2025 – Program Summer Camp Zon Utara 2025, dengan kerjasama Persatuan Belia Kristian Rhema selaku rakan strategik, telah menghimpunkan 50 peserta dari Limbang, Miri, dan Bintulu di Kem Lupuk Anchestors Expedition, Bekenu pada 19 hingga 21 September lalu.
Summer Camp Rakan Muda merupakan platform pembangunan potensi belia melalui penglibatan dalam aktiviti lasak, pembelajaran luar bilik darjah, serta sesi interaktif yang menekankan aspek kemahiran insaniah, kepimpinan dan kerja berpasukan.
Dengan tema “Belia Progresif, Negara Dinamik”, program ini memberi penekanan kepada pembentukan nilai positif, semangat perpaduan, serta pemikiran inovatif dalam kalangan peserta, sejajar dengan hasrat melahirkan generasi belia yang berketerampilan dan berdaya saing.
Diharapkan penyertaan ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu, malah memperkaya ilmu serta membina jati diri peserta untuk terus cemerlang dalam kehidupan dan kepimpinan pada masa hadapan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut disampaikan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri