
- JBS Sarawak
- Hits: 14
PBSB SARIKEI BERSAMA-SAMA MENYERTAI SUMMER CAMP PERINGKAT ZON TENGAH 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan Oleh : Zulfadhli Leonardo, JBSN Sarawak
Mukah, 19-21 September 2025 : PBSB Sarikei bersama PBSB Sibu dan PBSB Mukah telah bersama-sama merealisasikan pelaksanaan Summer Camp Peringkat Zon Tengah 2025 di Kem Belia Mukah selama 3 hari 2 malam. Program tersebut diselaraskan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Kem Belia Mukah. Majlis penutupan disempurnakan oleh Encik Shafrie Bin Saili, Timbalan Residen Bahagian Mukah bersama Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Encik Encik Hasbullah, Wakil Kem Belia, Mukah.
Terdapat pelbagai pengisian dilaksanakan sepanjang kem tersebut antaranya ice breaking antara peserta, ikhtihar hidup dengan perkhemahan dan flying fox sebagai aktiviti rekreasi dan lain-lain. Program ini memfokuskan kepada pembangunan potensi diri, kemahiran insaniah, dan kepimpinan melalui aktiviti lasak, pembelajaran luar kelas, serta sesi interaktif. Dengan tema "Belia Progresif, Negara Dinamik," kem ini bertujuan memupuk nilai-nilai positif, semangat perpaduan, dan pemikiran inovatif dalam kalangan peserta.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d