
- JBS Sarawak
- Hits: 12
PBSB SARIKEI MENYANTUNI JEMPUTAN PROGRAM JELAJAH BORNEO - RANCANGAN MALAYSIA KE-13 (RMK-13), KEMENTERIAN EKONOMI
- JBS Sarawak
- Hits: 12
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Mukah, 20 September 2025 : PBSB Sarikei telah bersama-sama menghadiri jemputan ke Program Jelajah Borneo-Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13), Kementerian Ekonomi yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P213 Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei turut hadir bersama yang diwakili oleh Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan.
Program tersebut bertujuan untuk mendapat maklum balas secara terus daripada peringkat akar umbi agar perancangan pembangunan bersasar dan terangkum. Program ini jugak menekankan kepentingan penyertaan rakyat dalam memahami serta menterjemah hala tuju pembangunan negara, khususnya di Sarawak. Fokus utama RMK13 termasuk menstruktur semula ekonomi negara agar Malaysia menjadi peneraju serantau, di samping memastikan pembangunan seimbang antara wilayah.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d